Monday, September 21, 2009

Aidilfitri Bukti Kesejahteraan Dan Kerukunan


picasion.com_e66c00d92015d21627d143177cfd6144KUALA LUMPUR, 21 Sept – Sambutan Aidilfitri yang diraikan oleh umat Islam turut sama dirasai kemeriahannya oleh seluruh rakyat Malaysia termasuklah masyarakat yang bukan beragama Islam sebagai bukti kesejahteraan dan kerukunan sentiasa terpelihara.

Sesungguhnya Hari Raya Aidilfitri tersebut adalah antara hari perayaan yang ditunggu-tunggu untuk diraikan bersama bukan hanya sebagai lambang hari kemenangan bagi umat Islam tetapi juga sebagai masa untuk mengeratkan silaturahim dan hubungan persahabatan dalam masyarakat.

Bukan itu saja, sambutan perayaan tersebut yang dilakukan secara terbuka juga menjadi lambang keutuhan persefahaman antara kaum dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing bukan sahaja kepada agama yang dianuti tetapi juga dalam jalinan mengekalkan kesinambungan kesejahteraan.

Sikap saling hormat-menghormati dan tolak ansur antara pelbagai masyarakat Malaysia terbukti apabila sambutannya diraikan dengan meriah tanpa sebarang gangguan dan kekacauan dari bangsa lain.

Sebenarnya bukan hanya untuk sambutan perayaan Aidilfitri sahaja sebaliknya persefahaman tetap terjalin erat dalam semua aktiviti dan perayaan kaum-kaum lain juga yang turut disambut meriah.

Walaupun memang pernah berlaku cubaan untuk memecah-belahkan persefahaman tersebut tetapi ia gagal dibuat lantaran keteguhan dan kerukunan yang utuh, tanpa sebarang prasangka malah menjalankan aktiviti seharian juga bersama-sama.

Sehubungan itu, sebagai masyarakat prihatin yang sentiasa bertolak ansur, Aidilfitri tersebut menjadi bukti kecintaan rakyat terhadap perpaduan bukan hanya kepada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa.

Sunday, September 13, 2009

Pesanan PM Jadi Ingatan Perkukuh Parti

malaysia bn

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Menilai semula matlamat pembentukan sebuah negara merdeka dengan kepimpinan yang teguh dan utuh bukanlah dapat dinikmati dengan sekelip mata atau semudah melafaz kata-kata sahaja.

Lantaran menghargai kepayahan dalam mengisi ruang kemerdekaan tersebutlah, maka sewajarnya kepimpinan yang ada bersama dengan kesejahteraan rakyat perlu terus dipelihara agar kesinambungan dalam keutuhan sebuah kerajaan dapat diteruskan.

Sejajar dengan itu juga, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam turut menekankan bahawa parti yang kukuh perlu sentiasa relevan dan bersikap terbuka serta tidak meninggi diri.

Paling penting katanya, adalah untuk memenangi hati rakyat dengan sentiasa mendampingi orang ramai, merendah diri dan bersikap sederhana lantas bukan hanya popular dalam parti sahaja tetapi turut mendapat tempat dalam masyarakat.

Perlu difahami, perkongsian dan permuafakatan dalam pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat iaitu pemimpin berjiwa rakyat telah digunapakai sejak sebelum merdeka lagi malahan konsep kebersamaan inilah yang mampu mempercepatkan proses kemerdekaan apabila British yakin dengan keamanan yang terbentuk hasil perpaduan tanpa pertumpahan darah.

Dengan kebijaksanaan dan matlamat yang menekankan objektif jarak jauh, BN berfungsi dalam arena politik tempatan sebagai penerus pembinaan untuk sebuah Negara merdeka.

Di samping itu juga, kebergantungan antara satu sama lain sebagai pelengkap amat terserlah malah ikatan yang erat ini menampilkan kemesraan hinggakan jika cubit paha kanan paha kiri akan turut terasa juga.

Begitulah ibaratnya parti-parti kompenan dalam BN dalam memanifestasikan hubungan dengan rakyat.

Penggabungan kaum, pembahagian kuasa dan penyatuan dalam pelbagai aspek mendapat sokongan daripada semua pihak apatah lagi ia memberi kesan secara langsung dalam memudahkan pentadbiran khususnya sesetengah aspek yang memerlukan penerangan terperinci kepada kaum-kaum tertentu melalui ketua-ketua mereka.

Berlandaskan persefahaman bersama, Negara dapat dibangunkan dengan aman dan rakyat menikmati limpahan kesejahteraan walaupun hidup dalam lingkungan yang pelbagai bangsa, berlainan agama dan budaya lantas membentuk satu bangsa unik iaitu masyarakat Malaysia dengan budaya bersama.

Kerajaan campuran yang diamalkan sejak lebih 50 tahun lalu sesungguhnya telah menyumbang kepada berbagai-bagai kebaikan hinggakan mampu mewujudkan satu kelainan dengan persefahaman dalam budaya campuran yang beraneka misalnya Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Thaipusam diraikan bersama.

Sunday, August 30, 2009


Berita UtamaDemi 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Menjelang tarikh kemerdekaan, yang hanya tinggal beberapa jam lagi, seharusnya kesedaran atas apa yang dimiliki dan dinikmati hari ini menjadi kunci bagi meneruskan kesejahteraan negara sebagai matlamat kepada kesinambungan generasi akan datang.Sememangnya keamanan dan kedamaian yang dilalui oleh seluruh warga Malaysia hari ini bukanlah boleh dicapai dengan sekelip [...][berita penuh...]

Saturday, June 27, 2009

Jangan Sempitkan Isu Nasional!


    leadimage

    BERITA UTAMA

    Jangan Sempitkan Isu Nasional!

    KUALA LUMPUR, 27 Jun – Parti-parti pembangkang diingatkan agar tidak berfikiran sempit dengan memandang negatif terhadap isu-isu nasional termasuklah hal-hal perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
    Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa UMNO mahupun Barisan Nasional tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja mahu menimbulkan spekulasi atau cubaan memanipulasikan agenda [...]

    [berita penuh...]

Wednesday, June 24, 2009

MT – Cadangan dan Input Mengenai PPSMI


    leadimage

    BERITA UTAMA

    MT – Cadangan dan Input Mengenai PPSMI

    KUALA LUMPUR, 24 Jun – Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini telah diberi taklimat berkenaan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pelajaran.
    Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, MT telah mendengar apakah opsyen-opsyen yang [...]

    [berita penuh...]

Tuesday, June 23, 2009

Siapa Yang Perlu Minta Maaf Sebenarnya..

    leadimage

    Berita Utama

    Siapa Yang Perlu Minta Maaf Sebenarnya..

    KUALA LUMPUR, 23 Jun – Sana-sini kedengaran gegak-gempita pemimpin pembangkang terutama daripada Pas menyuruh UMNO meminta maaf kepada mereka atas apa yang telah terjadi pada tahun 1974 dahulu hanya kerana Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak ‘menutup buku lama’ dan membuka lembaran baru demi perpaduan dan kepentingan rakyat.
    Walhal apa yang terjadi [...]

    [berita penuh...]

Monday, June 22, 2009

Pentadbiran BN Bukan Permainan Politik

Tuesday, June 16, 2009

Kenapa Susah Sangat Bersatu?


    leadimage

    BERITA UTAMA

    Kenapa Susah Sangat Bersatu?

    KUALA LUMPUR, 17 Jun - Keyakinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenai keikhlasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan kerajaan perpaduan memperlihatkan sikap terbuka yang diamalkan Presiden UMNO itu dan pada masa sama, bersedia mendengar serta mempertimbangkan apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh Pas.
    Katanya, beliau tidak pernah menolak [...]

    [berita penuh...]

Monday, June 15, 2009

Apa Lagi PAS?


    leadimage

    BERITA UTAMA

    Apa Lagi PAS?

    KUALA LUMPUR, 16 Jun – Entah apa pula strategi yang akan dilakukan oleh pakatan pembangkang khususnya PAS bagi cubaan mengekalkan agenda perjuangan mereka yang mempergunakan agama.
    Nampaknya, dari sehari ke sehari ada sahaja perkara yang dibuat atau idea kurang waras yang diucapkan, sedangkan sewajarnya selepas berlangsungnya muktamar awal bulan lalu, tentulah mereka akan bergerak dengan [...]

    [berita penuh...]

Ada Yang Masih Pertikai Kepimpinan PM


    leadimage

    BERITA UTAMA

    Ada Yang Masih Pertikai Kepimpinan PM

    KUALA LUMPUR, 15 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas individu yang masih lagi enggan menerima hakikat dan masih mempertikaikan kebolehan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kepimpinannya.
    Kata beliau, sesungguhnya sikap sedemikian adalah bertentangan dengan nilai sebagai warganegara yang bertanggungjawab apatah lagi Datuk Seri Najib telah menunjukkan [...]