LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Kol. (K) Datuk Haji Yussof Mahal menggesa masyarakat pelbagai kaum agar mengikis sikap "taksub" dalam menyokong setiap pemimpin.
Beliau berkata pemimpin-pemimpin negara meskipun di peringkat tertinggi silih berganti dan ini harus dierima oleh seluruh masyarakat.
"Kita tidak harus taksub dalam menyokong pemimpin khususnya yang telah digantikan dengan pemimpin baru. Apa yang penting adalah memastikan perpaduan seluruh kaum terus terus terpelihara dan diperkukuhkan," katanya ketika berucap pada pusingan Ke-2 program Parlimen "Apa Khabar Orang Kampung" di Kg Ganggarak. Program pusing pertama beliau adalah di Kg Rancha-Rancha pada awal bulan April. Program ini adalah untuk membolehkan penduduk kampung berhadapan dengan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan dan untuk mendapat penjelasan pelbagai isu secara bersemuka dan serta merta. "Janganlah kerana ketaksuban kepada seseorang pemimpin menjadikan kita lupa ianya boleh memporak-perandakan perpaduan kaum. Lihatlah apa yang terjadi di negara jiran kita
Yussof menggantikan Datuk Suhaili Abd Rahman selepas pucuk kepimpinan Barisan Nasional tidak menyenaraikannya dalam senarai calon BN dipilihanraya lalu. Jawatan Suhaili sebagai Ketua Bahagian UmnoLabuan juga gugur ekoran daripada dakwaan terhadapnya dimahkamah baru-baru ini. Yussof menekankan ketaksuban khususnya dikalangan pemimpin diperingkat kampong terhadap seseorang pemimpin (pemimpin lalu), boleh menyebabkan mereka itu leka dengan peranan dan tanggungjawab mereka dalam memastikan perpaduan di kawasan mereka itu terus terpelihara. "Kita tidak mahu hanya kerana saya menggantikan pemimpin terdahulu, ketaksuban dikalangan pemimpin kampung terhadap pemimpin mereka dahulu itu masih dirasai dan dilihat, sekaligus cakap-menyakap dikedai kopi dan warung-warung dikampung masih berterusan, sedangkan banyak lagi kerja yang harus mereka harus lakukan dalam memastikan penduduk kampong terus menikmati program pembangunan kerajaan," tambahnya. Dalam perkembagangan lain Yussof juga mengingatkan masyarakat

















0 comments:
Post a Comment