Friday, May 22, 2009

DR. Zambry Kekal MB Perak


picasioncom-zambry-mb

PUTRAJAYA, 22 Mei – Tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Md Raus Shariff, bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop, memberikan keputusan sebulat suara memihak kepada rayuan Dr. Zambry untuk ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 11 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.

Hakim Datuk Md Raus Shariff memberikan alasan benarkan permohonan Dr. Zambry bahawa kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah hak mutlak Sultan Perak.

Perkara 16.6 Undang-undang Tubuh Negeri Perak jelas menyatakan bahawa jika Sultan tidak memberi perkenan pembubaran DUN maka Nizar mesti meletakkan jawatan dan tiada peruntukan yang memerlukan supaya undi tidak percaya dibuat dalam DUN bagi gugurkan Menteri Besar.

Dalam alasan penghakiman tersebut juga, Hakim Datuk Md Raus Shariff memaklumkan bahawa ketika Nizar mengadap Sultan Perak pada 4 Februari lalu, jelas beliau telah hilang kepercayaan dan tidak menguasai majoriti dalam DUN.

Kemelut perundangan antara Dr.Zambry dan Nizar bermula sejak Februari lalu apabila Dr. Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar selepas BN mendapat sokongan majority dan mengambil alih pemerintahan Perak daripada pakatan campuran.

Sehubungan itu, pada 13 Februari, Nizar telah memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi kemudiannya memutuskan bahawa Nizar sebagai Menteri Besar Perak.

Berikutan keputusan tersebut, Dr. Zambry telah membuat rayuan berhubung keputusan itu pada hari berikutnya dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan tersebut selesai.

Rentetan daripadanya, keesokannya Nizar pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu.

Dengan keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Md Raus Shariff pada jam 3.50 petang tadi, maka kemelut berhubung siapa Menteri Besar sebenar terjawab Dr. Zambry dapat menjalankan tugasnya tanpa sebarang pertikaian.

0 comments:

Post a Comment