Thursday, May 7, 2009

DUN Perak - Untuk Apa Kecoh!


berita-utama-7mei-dun-perak2TERKINI – Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir menyatakan rasa kesal terhadap sikap pembangkang yang bersikap biadap dan kurang ajar di dalam Dewan Negeri hari ini.

Katanya, mereka yang bersikap demikian menggunakan undang-undang rimba dan tidak hormat dengan peraturan.

Sehubungan itu, Dr. Zambry menyatakan bahawa pihaknya akan mengkaji terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pembangkang.

“Apa yang berlaku dalam DUN Perak adalah bukti keganasan dan kezaliman kumpulan minoriti yang cuba menafikan hak BN dan kuasa majoriti,” katanya lagi.
17:33

……….
Sidang DUN Perak yang dipenuhi dengan kekecohan selesai apabila ditangguhkan dan Raja Muda meninggalkan Dewan.

Sebelum itu, Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry mengusulkan agar Dewan ditangguh, dan usul tersebut diluluskan walaupun ADUN DAP cuba membantah. Speaker menetapkan Sidang DUN ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Selesai persidangan tersebut, Nizar dan Ngeh kelihatan terus menemui pihak media manakala Sivakumar yang diarah keluar sebelum itu, kembali memasuki Dewan Persidangan.

Berkaitan hal tersebut, Dr. Zambry akan mengadakan sidang media di pejabatnya.
16:20

>>Teruskan membaca

0 comments:

Post a Comment