Wednesday, May 20, 2009

Lepas Anjing Tersepit, Sudah Lepas Nak Gigit Pula…


picasioncom-aman-damai

KUALA LUMPUR, 21 Mei - Tidak habis-habis mahu mencetuskan suasana yang tidak tenteram dan aman di muka bumi ini. Jika tidak suka menetap dan menghirup udara di negara ini, majoriti rakyat akan bersetuju malah mengalu-alukan sekiranya mereka yang suka membuat onar di tanah air ini berhijrah ke negara lain.

Sudahlah tidak mahu berterima kasih kepada kerajaan di atas pembebasan, ditambah pula dengan kenyataan demi kenyataan yang penuh ego, bongkak dan bertindak seperti orang yang tidak kenang budi, mungkin disebabkan segelintir mereka itu yang merasakan diri hebat kerana mahir dalam undang-undang.

Apa guna arif dalam undang-undang, jika undang-undang negara tidak dipatuhi, seumpama juga orang yang mengaku lebih arif dalam bab agama dari orang lain, tetapi tingkah laku dan tutur kata menggambarkan sebaliknya.

Ini dapat dilihat bagaimana seorang pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P. Uthayakumar yang tetap menunjukkan keras kepalanya dengan enggan menandatangani syarat perjanjian pembebasan dan menyatakan tidak akan berterima kasih kepada kerajaan kerana bertindak membebaskannya atas alasan tidak melakukan apa-apa kesalahan dan penahanannya itu dibuat tidak mengikut undang-undang.

Malahan, Pengerusi pertubuhan haram itu, P. Waythamoorthy yang juga adik kepada Uthayakumar seperti yang dilaporkan sebuah portal berita membuat kenyataan seolah-olah mengugut kerajaan dengan memberi kata dua kepada kerajaan sama ada menarik balik arahan supaya Uthayakumar membuat laporan kepada Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau berdepan dengan protes jalanan.

Dasar keterbukaan kepimpinan kerajaan Persekutuan kini yang telah membebaskan sejumlah 26 tahanan termasuk pemimpin Hindraf yang pernah membuat suasana tegang di negara ini langsung tidak dihargai oleh mereka.

Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Rakyat masih ingat bagaimana dikejutkan dengan peristiwa pada November 2007, pemimpin Hindraf mempergunakan masyarakat India di negara untuk mengadakan demonstrasi haram di ibu negara.

Pokoknya di sini, tindakan kerajaan menahan pemimpin Hindraf bukan kerana unsur perkauman tetapi majoriti rakyat di negara ini baik dari bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Pribumi dan lain-lain lagi cintakan kepada kedamaian, hidup dalam keadaan aman dan makmur tanpa huru-hara.

Sebagaimana kata Ketua Polis Negara ketika itu, perhimpunan ini boleh menyinggung perasaan kaum lain dan menyebabkan pergaduhan kaum. Perhimpunan ini akan mengugat keselamatan negara malah ekonomi negara akan terjejas teruk. Pelbagai pihak akan mengekploitasi perhimpunan ini dan mencetuskan huru-hara. Peserta perhimpunan yang berselindung di sebalik kanak-kanak sebagai benteng manusia akan didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak.

Langkah kerajaan menahan petualang demontrasi haram perlu diambil bagi memastikan keharmonian rakyat berbilang kaum tidak tergugat dengan sikap segelintir indidvidu yang gemar mengungkit perkara yang tidak perlu dan boleh menimbulkan ketidakselesaan semasa rakyat.

Ketika pelbagai pihak memerah otak untuk mencari jalan menyemarakkan kembali perpaduan antara kaum, terdapat segelintir individu cuba membakar dan memainkan sentimen rakyat dengan momokan palsu.

Adakah ini menunjukkan mereka cuba mempermain dan memperlekehkan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang di negara ini?

0 comments:

Post a Comment