9 Mei – Sambutan hari Wesak sememangnya menjadi sebahagian dari budaya masyarakat Malaysia iaitu bukan hanya bertumpu kepada mereka yang menganut agama Buddha sahaja sebaliknya kaum-kaum lain juga turut memahaminya.
Dikatakan bahawa hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari ia melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha selain dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Sebagai rakyat Malaysia yang dianggotai oleh rakyat berbilang kaum dengan perbezaan agama dan budaya, persefahaman terjalin dengan amalan hormat-menghormati antara satu sama lain.
Walaupun tidak mengamalkan upacara ritual seperti masyarakat beragama Buddha, bangsa-bangsa lain sedia maklum bahawa upacara tersebut adalah antara hari terpenting dalam kalender masyarakat Buddha.
Lazimnya, penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha).
Dalam hal ini, diceritakan bahawa para penganut juga akan memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha dengan dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
Pada hari tersebut juga, penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati disamping memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami.
Relatifnya, hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Budha di seluruh dunia.
Menerusi konsep masyarakat Malaysia, kesejahteraan untuk mencapai perpaduan hidup bermasyarakat dan bernegara, persefahaman bersama dijadikan sandaran untuk menghadapi rintangan dan halangan.
Lantaran itu, atas semangat satu Malaysia, diucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut hari Wesak kepada penganut Buddha!

















0 comments:
Post a Comment