Wednesday, April 29, 2009

Kuat Akar Tegaklah Cengal


berita-utama-290409

Kuala Lumpur, 29 April - ‘Lidi sebatang rapuh nan patah, bila segumpal padulah ia’, simpulan bahasa yang harus dihayati oleh setiap ahli di dalam UMNO sama ada di peringkat akar umbi hinggalah ke pemimpin-pemimpin parti.

Peringatan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa UMNO seharusnya perlu dijadikan sebagai sebuah parti yang bersifat inklusif yang membuka seluas-luas pintu untuk segenap lapisan rakyat perlu dihayati oleh semua terutama pemimpin-pemimpin parti.

Sebagaimana asal ketika penubuhannya dahulu, yang diterima sangat baik dari pelbagai latar belakang pendidikan, profesion dan taraf hidup, kini menjadi tanggungjawab terutama kepada pemimpin akar umbi di peringkat cawangan mengaplikasikannnya.

Dalam mengharungi dunia politik yang semakin matang ini, seharusnya tiada lagi budaya cantas-mencantas, menafikan hak orang lain yang ikhlas untuk menyumbang kepada parti dan tidak bersikap pilih kasih.

Apa yang diimpikan oleh pucuk pimpinan parti ialah, hasil kekuatan dan kesepaduan di peringkat cawangan yang mempunyai pelbagai latar pasti akan membuatkan parti menjadi lebih kukuh sebagaimana sebuah pokok, dahan yang kuat datangnya dari akar yang kukuh.

Begitu juga, setiap pemimpin parti di peringkat cawangan wajar bersikap sentiasa prihatin, sudi mendengar masalah dan mengambil berat bukan sahaja khusus kepada ahli parti tetapi juga terhadap masyarakat setempat serta tidak mempunyai kepentingan peribadi.

Manakala bagi setiap ahli pula perlu memberi sokongan dan dorongan yang padu kepada setiap pemimpin supaya wujud satu suasana yang harmoni di dalam melaksanakan tugas.

Jika pemimpin melakukan kesalahan maka hendaklah mereka dinasihati dengan cara baik berbekalkan niat untuk membawa kebaikan kepada masyarakat keseluruhannya tanpa ada motif lain.

Menasihati atau menegur pemimpin tidak boleh dilakukan secara terbuka, dengan kata berbentuk cacian dan menghina atau tujuan menanam perasaan benci di kalangan masyarakat terhadap pemimpin itu. Hendaklah kita sedari pemimpin adalah manusia biasa yang ada kalanya melakukan kesilapan dalam menguruskan urusan pentadbiran.

Namun, jika pemimpin melakukan kesilapan ia bukan bererti kita dibenarkan untuk mencela secara terbuka tetapi hendaklah menasihatinya dan memperjelaskan kesalahannya dengan cara penuh hikmah.

Rasulullah SAW menunjukkan contoh cara menasihati pemimpin melalui sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) sudah melaksanakan tanggungjawabnya.”

Kata-kata keramat Presiden, berubah atau diubah juga perlu dihadami oleh semua pihak berusaha memperkukuhkan parti UMNO ini kerana telah terbukti sebagai sebuah parti yang berjuang mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Apa gunanya mempunyai jawatan dalam parti jika bumi yang dipijak milik orang.

KIKIS SIKAP TAKSUB PEMIMPIN

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Kol. (K) Datuk Haji Yussof Mahal menggesa masyarakat pelbagai kaum agar mengikis sikap "taksub" dalam menyokong setiap pemimpin.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin negara meskipun di peringkat tertinggi silih berganti dan ini harus dierima oleh seluruh masyarakat.

"Kita tidak harus taksub dalam menyokong pemimpin khususnya yang telah digantikan dengan pemimpin baru. Apa yang penting adalah memastikan perpaduan seluruh kaum terus terus terpelihara dan diperkukuhkan," katanya ketika berucap pada pusingan Ke-2 program Parlimen "Apa Khabar Orang Kampung" di Kg Ganggarak. Program pusing pertama beliau adalah di Kg Rancha-Rancha pada awal bulan April. Program ini adalah untuk membolehkan penduduk kampung berhadapan dengan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan dan untuk mendapat penjelasan pelbagai isu secara bersemuka dan serta merta. "Janganlah kerana ketaksuban kepada seseorang pemimpin menjadikan kita lupa ianya boleh memporak-perandakan perpaduan kaum. Lihatlah apa yang terjadi di negara jiran kita Thailand kerana ketaksuban sebilangan penyokong bekas pemimpin mereka, keadaan menjadi huru-hara dan menjejaskan imej negara itu sendiri…dan ini kita tidak mahu lihat berlaku di pulau ini," katanya.

Yussof menggantikan Datuk Suhaili Abd Rahman selepas pucuk kepimpinan Barisan Nasional tidak menyenaraikannya dalam senarai calon BN dipilihanraya lalu. Jawatan Suhaili sebagai Ketua Bahagian UmnoLabuan juga gugur ekoran daripada dakwaan terhadapnya dimahkamah baru-baru ini. Yussof menekankan ketaksuban khususnya dikalangan pemimpin diperingkat kampong terhadap seseorang pemimpin (pemimpin lalu), boleh menyebabkan mereka itu leka  dengan peranan dan tanggungjawab mereka dalam memastikan perpaduan di kawasan mereka itu terus terpelihara. "Kita tidak mahu hanya kerana saya menggantikan pemimpin terdahulu, ketaksuban dikalangan pemimpin kampung terhadap pemimpin mereka dahulu itu masih dirasai dan dilihat, sekaligus cakap-menyakap dikedai kopi dan warung-warung dikampung masih berterusan, sedangkan banyak lagi kerja yang harus mereka harus lakukan dalam memastikan penduduk kampong terus menikmati program pembangunan kerajaan," tambahnya. Dalam perkembagangan lain Yussof juga mengingatkan masyarakat Labuan agar mengamalkan sikap berhemah dalam perbelanjaan mereka berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu yang diramalkan lebih serius pada hujung tahun ini. "Janganlah kita leka dengan hal perbelanjaan. Kerajaan telah meluluskan mini bajet (RM60 billion) yang begitu tinggi. Jelas menunjukkan ekonomi negara kita kini merundung," katanya. Sementara itu, Yussof juga berkesempatan merasmikan Malam Kebudayaan India anjuran Dewan Perniagaan India dan Perusahaan yang menyaksikan pelbagai tarian kaum India dan Sikh dipersembahkan pada Ahad. Penyanyi utama kumpulan Alleycats Datuk David Arumugam juga turut menghiburkan para jemputan.

Monday, April 27, 2009

Amanah Bersama - Pemimpin, Kerajaan Dan Rakyat


najibvisit1

KUALA LUMPUR, 27 April – Dengan pengumuman pelantikan dalam Majlis Tertinggi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu, maka lengkaplah sudah barisan yang akan menerajui pentadbiran dengan kejituan membawa pembaharuan untuk meneruskan kesinambungan perjuangan parti dan negara.

Sesungguhnya penstrukturan semula UMNO dengan menggabungkan nama-nama baru dan lama adalah salah satu tanda kepada pendekatan baru yang lebih telus, bertanggungjawab dan fokus kepada ahli dan masyarakat keseluruhan. >>terukan membaca

PENDAFTARAN AHLI UMNO SECARA ONLINE


UMNO hari ini telah memperkenalkan sistem pendaftaran ahli UMNO secara online bagi menarik minat orang ramai bagi menganggotai parti politik terbesar di Malaysia ini.

Dengan munculnya sistem pendaftaran secara online ini diharap dapat memudahkan lagi serta membantu orang ramai khasnya golongan muda yang berhasrat untuk menganggotainya berbanding dengan kaedah yang digunapakai sekarang yang mungkin terdapat sedikit kesukaran ataupun kekangan tertentu.

Selaras dengan kemajuan teknologi maklumat , langkah UMNO ini merupakan satu tindakan yang amat bijak dan seharusnya dipuji. UMNO seharusnya mensasarkan kepada golongan muda memandangkan kebanyakan mereka ini bakal menjadi pemilih pada pilihanraya umum akan datang.

Kepada pelayar-pelayar yang berminat untuk menyertai parti keramat ini bolehlah meng>>KLIK SINI

SELAMAT BERJUANG!