
Saturday, June 27, 2009
Jangan Sempitkan Isu Nasional!

BERITA UTAMA
Jangan Sempitkan Isu Nasional!Wednesday, June 24, 2009
MT – Cadangan dan Input Mengenai PPSMI

BERITA UTAMA
MT – Cadangan dan Input Mengenai PPSMITuesday, June 23, 2009
Siapa Yang Perlu Minta Maaf Sebenarnya..

Berita Utama
Siapa Yang Perlu Minta Maaf Sebenarnya.. KUALA LUMPUR, 23 Jun – Sana-sini kedengaran gegak-gempita pemimpin pembangkang terutama daripada Pas menyuruh UMNO meminta maaf kepada mereka atas apa yang telah terjadi pada tahun 1974 dahulu hanya kerana Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak ‘menutup buku lama’ dan membuka lembaran baru demi perpaduan dan kepentingan rakyat.
Walhal apa yang terjadi [...]
Monday, June 22, 2009
Pentadbiran BN Bukan Permainan Politik

Berita Utama
Pentadbiran BN Bukan Permainan Politik KUALA LUMPUR, 22 Jun – Barisan Nasional (BN) yang menjadi tunjang kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan sejak kemerdekaan negara dicapai, telah membuktikan bahawa percaturan dalam setiap agenda bukanlah permainan politik sebaliknya kesungguhan sebagai sebuah kerajaan.
[berita penuh...]Tuesday, June 16, 2009
Kenapa Susah Sangat Bersatu?

BERITA UTAMA
Kenapa Susah Sangat Bersatu?Monday, June 15, 2009
Apa Lagi PAS?

BERITA UTAMA
Apa Lagi PAS?Ada Yang Masih Pertikai Kepimpinan PM

BERITA UTAMA
Ada Yang Masih Pertikai Kepimpinan PMSaturday, June 13, 2009
Pentingnya Perpaduan
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ramai pihak yang bercakap tentang perpaduan dan impikan kesejahteraan berpanjangan dengan kerjasama pelbagai pihak biarpun berbeza bangsa, agama dan kepercayaan selain fahaman idealogi yang tidak sehaluan.
Namun demikian, dengan tentangan pendapat yang tidak ada persefahaman dalam pakatan campuran apatah lagi apabila memperkatakan berkaitan cadangan idea kerajaan perpaduan oleh Presiden PAS, Hadi Awang menampakkan bahawa ada yang tidak kena.
Perkembangan positif tersebut bukan sahaja disambut baik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya kalangan pemimpin dalam UMNO dan BN di samping masyarakat keseluruhannya melahirkan kegembiraan.
Malangnya, ada pihak yang seakan tidak senang dengan perkembangan untuk mewujudkan satu ikatan perpaduan atas tujuan menyelesaikan permasalahan dalam Negara untuk kepentingan bersama.
Apa yang pasti, tentunya yang menentang keras adalah sekutu pembangkang khususnya DAP yang sememangnya terkenal dengan sikap radikal dan lantang bersuara tanpa tahu menilai tujuan sebenar apatah lagi untuk menggambarkan kualiti yang akan diperoleh hasil wujudnya perpaduan tersebut.
Perlu diingat bahawa lunturnya perpaduan dikalangan rakyat akan menimbulkan rasa syak wasangka dan prejudis antara satu sama lain yang tentunya akan membawa kepada suasana tidak aman dan selamat.
Bukan sahaja dari aspek sosial malahan, bentuk model baru ekonomi yang sedang dirancang oleh kerajaan juga tidak akan berjaya tanpa gandingan antara pemimpin dengan keseluruhan rakyat, apatah lagi untuk merealisasikan impian Wawasan 2020 dengan semua prinsipnya tercapai.
Dalam hal ini, sesungguhnya tidak kiralah di mana letak kedudukan idealogi atau manifesto politik sesebuah parti, seharusnya ia tidak akan membangkitkan persoalan-persoalan yang boleh menganggu-gugat kesejahteraan dan kerukunan yang sedia terjalin erat.
Apatah lagi cubaan menghalang adanya perbincangan dan persefahaman antara mana-mana pihak untuk kepentingan bersama.
Dalam aspek perpaduan, ambil sahaja negara-negara jiran lain sebagai contoh kepada kesan nipisnya ikatan persefahaman yang ada.
Kekacauan dan ketidaktenteraman yang berlaku ekoran hilangnya kepercayaan dan timbulnya dendam berterusan hinggakan pelbagai alasan dijadikan sandaran untuk bersuara ekoran tidak disertai dengan pemikiran rasional dan jati diri rakyatnya yang hanya menyumbangkan kepada keruntuhan sesebuah negara.
Imbaslah semula peristiwa 40 tahun lampau iaitu peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang mengorbankan nyawa, merosakkan harta benda dan memporakperandakan Ibu Kota ekoran daripada ketidakstabilan perpaduan dan lunturnya kepercayaan serta tolak ansur di kalangan rakyat.
Sesungguhnya, situasi yang berlaku dalam masyarakat hari ini, jika tidak dibendung dan ditangani maka tidak mustahil akan menimbulkan kepincangan yang juga akan mampu untuk membawa peristiwa tersebut berlaku lagi.
Lantaran itulah, kewajaran perlu diletakkan di tangga teratas dalam melaksanakan tanggungjawab yang bukan hanya tertumpu kepada kepentingan politik semata-mata sebaliknya juga aspek ekonomi dan sosial perlu turut dipertimbangkan; lantas mengutamakan rakyat dan negara dengan menerobos masa hadapan.
Perlu difahami bahawa ikatan perpaduan yang direncanakan antara dua buah parti politik sengaja dirumitkan dengan manipulasi untuk menggagalkan perancangan yang telah dibuat sedangkan telah nyata Kerajaan tidak menghadapi sebarang masalah berkaitannya.
Model Baru Ekonomi Perlukan Gandingan Pemimpin Dan Rakyat : Muhyiddin
LANGKAWI, 12 Jun (Bernama) — Bentuk model baru ekonomi yang sedang dirancang oleh kerajaan tidak akan berjaya tanpa gandingan pemimpin dan rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat sama ada di desa atau bandar perlu mempunyai kesedaran untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan hasrat pemimpin itu tercapai.
Berucap pada majlis bersama rakyat di perkarangan Masjid Padang Lalang di sini Jumaat, beliau berkata dengan pelaksanaan model baru ekonomi itu, proses pembangunan negara akan lebih pantas, pesat serta mantap dan faedahnya dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat.
“Sekarang ini (ekonomi) memang dah baik, dah capai tahap kemajuan tapi kita masih tak puas hati dan kita nak bentuk model ekonomi yang boleh beri pendapatan tinggi. Kita mahu usaha diteruskan dan memajukan sektor sedia ada secara lebih moden setanding dengan negara maju,” katanya.
Muhyiddin turut menyentuh mengenai perpaduan, dengan berkata, hubungan baik yang terjalin selama ini perlu diperkukuhkan lagi kerana sekiranya masalah timbul ia akan menjejaskan kestabilan politik negara.
“Jangan anggap jika tidak ada masalah, kita tidak perlu berjaga-jaga, sebaliknya keadaan yang tidak ada masalah inilah yang perlu dijaga dan yang kukuh perlu diperkukuhkan lagi.
“Walaupun kita ini ada pihak yang mempunyai pandangan politik yang berbeza, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita berpecah belah dan berbalah kerana Islam menuntut kita untuk bersatu,” katanya.
Terdahulu, pada majlis berkenaan, Muhyiddin mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 juta kepada jumlah sedia ada iaitu RM500,000, bagi menambah baik serta membesarkan lagi masjid Padang Lalang.
– BERNAMA
















